Mengenai Kami

Pencipta D' Athirah Design Magic Ruler


D' Athirah Enterprise adalah satu syarikat sektor rekaan fesyen yang telah merekacipta alat jahitan berupa pembaris dibawah jenama D' Athirah Design Magic Ruler untuk membantu memudahkan tugas penciptaan bidang kemahiran jahitan.

Produk ini dihasilkan adalah alat bantuan yang menjadikan jahitan sebagai pendapatan tambahan keluarga, ia juga berfungsi untuk memudahkan pengemar bidang jahitan melukis pola jahitan dengan lebih pantas dan mudah tanpa formula yang mengelirukan dan penggunaan alat yang pelbagai. Dengan menggunakan D' Athirah Design Magic Ruler ini, pengguna dapat meningkatkan produktivi dan menyiapkan pelbagai lukisan jahitan dan mengurangkan 50% penggunaan tenaga dalam penghasilan lukisan bentuk jahitan. Set pembaris ini mengandungi pelbagai jenis dan saiz yang boleh digunakan untuk menghasilkan pola baju kurung, baju kebaya, baju melayu, kemeja lelaki, seluar dan kain sarung.

“Produk ini telah memenangi tempat pertama didalam Cabaran Inovasi Inklusif Zon Tengah 2016 dan Finalis Anugerah Inovasi Negara 2017 bagi kategori Produk.”

Produk ini menggunakan bahan berkualiti dan tidak mudah rosak. Harga yang ditawarkan bersama video manual penggunaan adalah berpatutan dan tidak perlu membelanjakan wang untuk mengikut kelas jahitan yang kosnya agak tinggi diluar sana.

Individu seperti surirumah sepenuh masa, pelajar fesyen jahitan dan tukang jahit kecil-kecilan boleh mendapat manfaat daripada pembaris ini dalam meningkatkan pengeluaran dan menjana pendapatan tambahan. Pembaris ini juga menerima pemintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan, malah terdapat juga permintaan daripada pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Siapa Kami?

Di Sebalik Pencetus Magic Ruler

D' Athirah Enterprise ditubuhkan pada 13 Disember 2011. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan latihan jahitan kepada perseorangan, sekolah, kakitangan kerajaan, pelajar kolej dan penduduk sekitar.

Nur' Athirah Razali

Pengurus & Pengasas

Mohd Zaffidin Mohd Azman

Pengurus Pemasaran

Komitmen Kami

  • Pemilihan bidang perniagaan ini dibuat kerana ia menjadi pelengkap minat pemilik dalam bidang rekaan pakaian dari bangku sekolah lagi.
  • Pemilik juga fokus kepada sahutan kerajaan yang mahu melahirkan lebih ramai belia muda dalam bidang kemahiran boleh meningkatkan ekonomi negara.
  • Pemilik ingin memastikan produk ini mampu menembusi lagi pasaran luar Malaysia.